Saturday, August 7, 2010

Kesan Pencemaran Alam Ke Atas Alam Sekitar

MUHAMMAD AFANDI BIN ZAINOL
206026

KESAN PENCEMARAN UDARA KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen. Ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah. Ini mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan yang akan timbul.
• Tumbuhan
• Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika udara mengandungi bahan pencemar, ini mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok dan tumbuhan. Tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan basil keluarannya akan terancam
• Ekologi Alam
• Selain itu, pencemaran udara juga memberi kesan kepada iklim global dan setempat. Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini berbahaya kerana is akan mengalir dan meresap ke dalam tanah dan memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi
• Atmosfera
• Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita. Bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon) dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor. Ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Ini mengakibatkan kandungan karbon dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat. Penipisan lapisan ozon akan mengakibatkan sinar ultra-ungu menembusi atmosfera tanpa lapisan dan menjejaskan kesihatan manusia
• Haiwan
• Haiwan juga akan turut terancam dan mati.Hal ini disebabkan partikel-partikel terampai seperti habuk,debu dan sebagainya akan memasuki ruang paru-paru haiwan tersebut.Perkara ini akan menyebabkan haiwan akan sukar untuk bernafas.Bukan itu sahaja,tumbuh-tumbuhan yang sudah tercemar akan pencemaran udara juga akan menyebabkan haiwan terancam.
• Penyusutan Lapisan Ozon
• Pencemaran udara akan menyebabkan berlaku pemanasan global akibat penyusutan lapisan ozon yang melindungi bumi daripada sinaran terus cahaya matahari. Pendedahan secara terus kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kanser. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya pencairan kepada di bahagian bumi dan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini

KESAN PENCEMARAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.
• Selain menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini, rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan atau menyembur racun makhluk perosak. .
• Penyelidikan menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
• Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
• Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.
• Perkhidmatan pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan yang tidak mencukupi.. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan meningkat.
• Pencemaran tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri seharusnya diwajibkan.
• Perbandaran juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993). Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.

KESAN PENCEMARAN AIR KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Baja dan racun perosak kimia boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air.Air yang tercemar ini menganggu hidupan seperti ikan,udang,ketam,kerang dan sebagainya.Jika ikan-ikan ini ditangkap dan di makan oleh manusia akan membawa kesan buruk ke atas manusia seperti manusia akan mendapat keracunan makanan da sebgainya.
• Selain itu,nutrien inorganik menyebabkan hazard pencemaran dilupuskan secara tidak sepatutnya dalam sungai ataupun di dalam tasik.Pengayaaan berlebihan sungai dan tasik oleh nutrien itu akan menyebabkan eutrofikas.Sesetengah kilang akan memperuntukkan kawasan untuk pembuangan bahan-bahan terbuang ke kawasan yang telah ditetapkan.Hal ini akan menyebabkan berlakunya dua permasalahan apabila berlakunya hujan lebat atau loji pecah iaitu:
I. Seandainya sisa-sisa terbuang ini mengalir di permukaan air ia akan menyebabkan sistem akuifer terjejas.
II. Hidupan air juga kan turut terjejas akibat permasalahan.

• Di samping itu,pencemaran air juga akan mengakibatkan kandungan nutrien dapat mengarah pada eutrofikasi.Sampah organik seperti air comberan (sewange) menyebabkan peningkatan oksigen dalam air yang akan memberi impak ke atas seluruh ekosistem alam.
• Pencemaran air yang berlaku memberi kesan bukan sahaja akan dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain. Kesan kepada manusia adalah terhadap kesihatan mereka sendiri. Dimana antara kesan yang dianggap kronik akaibat pencemaran air yang berlaku adalah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan akibat penggunaan sumber air tersebut.
• Kesan pencemaran air ini juga memberi kesan yang banyak kepada organisma laut di perairan cetek kesan daripada tumpahan minyak ke laut. Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam hidupan laut serta burung. Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid yang dicemarkan. Selain dari itu pencemaran toksid yang masuk ke dalam air akan menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan petuturan yang tidak betul. Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut.

KESAN PENCEMARAN BUNYI KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM
• Apabila kita membincangkan tentang kebisingan, secara tidak langsung kesan-kesan kebisingan juga perlu dibincangkan kerana kedua-duanya mempunyai kaitan yang rapat. Kebisingan dikenal pasti meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan manusia. Kesan kebisingan boleh dibahagikan kepada dua iaitu kesan biologikal dan psikologi serta kesan ke atas ekonomi. Kesan biologikal dan psikologi boleh dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu gangguan komunikasi dan pendidikan, kesihatan dan habitaliti. Manakala kesan kepada ekonomi pula ialah dari segi nilai harta benda.

• Bunyi bising boleh mengganggu komunikasi misalnya percakapan secara langsung atau melalui telefon. Kebisingan juga boleh mengganggu kenikmatan mendengar radio, televisyen, waktu pembelajaran serta waktu rehat seseorang. Kebisingan yang melampau juga boleh mengakibatkan kesan negatif kepada pendengaran. Kesan yang nyata adalah seperti pekak dan pengurangan keupayaan pendengaran. Rosen (dalam Mulholland, 1981) menyatakan bahawa bunyi bising boleh mengganggu pertumbuhan kanak-kanak misalnya kulit menjadi pucat, selaput lendir menjadi kering, usus kejang dan kerosakan buah pinggang.

• Selain itu, gangguan dalam habiliti pula termasuklah perasaan terganggu, gangguan tidur dan pekerjaan. Bunyi bising selalu dikatakan sebagai suatu tekanan dalam kehidupan moden dan kemungkinan terjadinya sakit jiwa akibat bunyi bising tidak diabaikan. Walaupun bunyi bising mempengaruhi jiwa seseorang, tetapi adalah sukar untuk kita meramalkan sifat dan tahap kesannya kerana setiap individu mempunyai sifat dan tahap penerimaan yang berbeza. Kebisingan juga boleh memberi kesan kepada tahap kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan. Kerja-kerja yang memerlukan daya kreativiti, percakapan atau kerja-kerja rutin yang memerlukan kepantasan yang berterusan amat mudah dipengaruhi oleh bunyi bising dan seterusnya mengakibatkan terjadinya banyak kesilapan.

• Kesan gangguan bising kepada nilai harta benda boleh menjatuhkan nilai harta benda yang terletak berhampiran puncanya. Penyebab utama kepada kejatuhan nilai harta benda biasanya adalah berpunca daripada bunyi bising kenderaan, tetapi kesan ini hanya berkait dengan nilai tapak kediaman. Walau bagaimanapun, kesan ke atas penurunan nilai harta tanah mungkin lebih dipengaruhi oleh faktor kemanusiaan sendiri. Misalnya perletakan harta tanah di suatu lokasi yang dianggap istimewa seperti berhampiran dengan pusat bandar atau kawasan yang mempunyai kemudahan awam mungkin dianggap dapat mengatasi kerugian yang dialami akibat kebisingan. Oleh itu nilainya tidak akan turun walaupun terdapatnya kebisingan kerana keutamaan yang lebih tinggi diberikan kepada faktor kemudahan awam.
• Bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.
• Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat
• Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.
• Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding Pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.
• Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolosi yang besar.


KESAN PEMANASAN GLOBAL KE ATAS ALAM SEKITAR
EKOLOGI ALAM


Implikasi daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut. Pencairan lapisan ais juga akan menyebabkan ekosistem terjejas. Peningkatan suhu dan perubahan ekosistem akan menyebabkan sesetengah spesis kehidupan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan akan mati. Manakala, sesetengah spesis kehidupan pula akan mula migrasi ke tempat lain.
• Iklim di sesetengah kawasan pula akan terganggu dan tidak menentu. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, yang menyebabkan kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Banjir dan ribut yang tidak menentu akan melanda di kebanyakan tempat dan penduduk di sekitar kawasan pantai dan kawasan rendah akan mengalami kesan yang paling buruk.
• Selain itu pemanasan global akan turut menjejaskan penghasilan makanan dan rantai makanan. Ini akan menyebabkan berlakunya masalah kekurangan bekalan makanan seperti gula dan beras. Pada tahun 2009, Malaysia telah mengalami masalah kekurangan gula kerana pengeluar gula terbesar di dunia iaitu negara Brazil dan India telah mengalami musim kemarau dan banjir yang menyebabkan tanaman mereka rosak. Keadaan ini telah menyebabkan kekurangan bekalan dan harga yang melambung tinggi.
• DI samping itu,pemanasan global juga akan mengakibatkan haiwan-haiwan serta timbuh-tumbuhan akan terjejas.Hal ini kerana sesetengah haiwan dan tumbuh-tumbuhan memerukan suhu yang sesuai untuk proses photosinthesis.Sekiranya suhu di kawasan sekitar tersebut melebihi julat suhu seperti kebiasaan,hal ini sudah pasti akan mengakibatkan haiwan dan tumbuhan akan terjejes.Sekiranya perkara ini berlaku secara berterusan,sudah pasti perkara ini akan mengakibatkan kepupusan fauna dan flora untuk di masa hadapan malahan hidupan akutik juga akan turut terjejas akibat permaslahan ini.
• Seterusnya,pemanasan global akan mengubah lanskap dunia.Perkara ini berlaku akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan yang akan mengakibatkan air laut semakin dalam sehingga menyebabkan pulau-pulau yang kecil akan ditenggelami air.

1 comment: