Tuesday, August 10, 2010





KEPENTINGAN ALAM SEKITAR.
MOHAMAD SAUFI BIN ISMAIL
NO.METRIK:205883
Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita.Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang selesa dan menyamankan.Di samping itu ia memberi keselesaan kepada manusia,ia juga sedikit sebanyak akan menjejeskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik.Dalam usaha kita untuk mengejar kemajuan negara,kita tidak harus mengabaikan peri pentingnya alam sekitar di dalam kehidupan.Diantara kepantingan-kepentingannya adalah:
Kesihatan manusia terjamin.
Sejak kebelakangan ini pelbagai penyakit yang berbahaya telah wujud akibat pencemaran alam sekitar.kesan daripada pencemaran itu manusia akan menghidap pelbagai penyakit,khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.Manusia memerlukan udara bersih untuk terus hidup .Jika udara yang dihidu tercemar,sistem pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru.Ini akan mengakibatkan proses penukaran karbon dioksida kepada oksigen tidak dapat dilakukan dan darah akan mengalami kekurangan oksigen.Hal ini seterusnya menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah dan mengakibatkan pelbagai penyakit.Oleh itu alam sekitarharuslah dijaga dengan baik agar kesihatan manusia terjamin.
Tarikan pelancong asing.
Keindahan alam sekitar dapat membantu negara mengembangkan industri pelancongan.Hal ini kerana keindahan alam sekitar boleh menarik perhatian pelancong dari dalam dan luar Negara.Ini seterusnya dapat menjadikan negara sebagai destinasi baru bagi sektor pelancongan di peringkat global.peningkatan pelancong dari dalam dan luar negara ini akan meningkatkan pendapatan negara disamping memberi peluang-peluang pekerjaan kepada pengusaha dalam industri ini dan industri sampingan.Di negara maju,terdapat banyak tempat yang menjadikan keindahan alam sekitar sebagai produk pelancongan.sebagai contoh,paris di perancis,venice di itali dan seoul di korea selatan.Oleh itu,kita harus menjaga alam sekitar dengan baik disamping peranan kerajaan untuk mempromosikan negara ni dunia agar keindahan alam sekitar di negara kita ini dapat member pulangan kepada negara.
Pembekalan udara yang segar.
Manusia memerlukan udara yang segar untuk terus hidup dalan keadaan yang selesa.Disamping itu,pembekalan udara yang segar akan menberi ketenangan jiwa dan keceriaan kepada masyarakat.Selain itu,pembekalan udara yang segar dapat mengelak pelbagai penyakit saperti serangan jantung dan batuk.Secara saitifik pembekalan udara yang segar akan terhalang sekiranya pencemaran udara berlaku.pencemaran udara akan berlaku apabila terdapat benda asing dalan kepekatan udara.Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap dan gas seperti karbon monoksida dan nitrogen oksida.tidak lupa juga bau-bauan yang tidak menyenangkan.Oleh itu alam sekitar yang indah dan bersih amat penting kepada kita agar udara yang segar akan terus kita perolehi.
Ekosistem yang stabil.
Ekosistem yang stabil sangat penting kepada manusia,alam sekitar dan bumi.Kini ,kesan daripada pencemaran alam sekitar,pelbagai masalah global telah berlaku.Diantaranya adalah pemanasan global. Peningkatnya suhu global dikatakan akan menyebabkan perubahan-perubahan yang lain seperti naiknya permukaan air laut, meningkatnya intensitas fenomena cuaca yang ekstrim, serta perubahan jumlah dan pola presipitasi.Akibat-akibat daripada pemanasan global yang lain adalah terjejasnya hasil pertanian, hilangnya glazier dan kepupusan berbagai jenis haiwan.Oleh itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar ekosistem yang stabil dapat diwujudkan.
Habitat hidupan darat dan air terpelihara.
Hidupan darat dan air sangat memerlukan alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar untuk terus hidup.Kebergantungan ini dipertanggungjawabkan kepada kita untuk menjaga alam sekitar ini agar terpelihara.Alam sekitar seperti hutan merupakan tempat tinggal bagi hidupan darat seperti gajah,harimau dan lain-lain.Didalam hutan itulah haiwan-haiwan ini mencari makanan dan tempat mereka bermain.Oleh itu,sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik dan berlaku pencemaran seperti kebakaran hutan, haiwan-haiwan ini akan mengalami kepupusan.Begitu juga dengan hidupan di air,sekiranya pencemaran air berlaku,hidupan air ini akan mati dan seterusnya akan mengalami kepupusan.Oleh itu,alam sekitar yang tidak tercemar sangat penting kepada hidupan darat dan hidupan air agar hidupan ini terpelihara.
Mengelakkan kepupusan.
Alam sekitar sangat penting kepada flora dan fauna.alam sekitar yang tidak tercemar dapat mengelakkan kepupusan kepada seluruh spesies flora dan fauna.Namun begitu telah wujud pencemaran yang menyebabkan kepupusan kepada pelbagai spesies haiwan.Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemaran organik serta peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan kehidupan akuatik.selain aktivuti penebengan hutan secara tidak terancang menyebabkan kepupusan hidupan di sana.Justeru itu,alam sekitar harus dijaga dengan baik agar perkara ini dapat dibentung.
Kesimpulannya,dalam usaha kita mengejar pembangunan jangan lah kita lupa akan peri pentingnya alam sekitar kepada seluruh kehidupan harian kita,Perancangan yang teratur dapat mengelak daripada berlakunya pencemaran.Besama-sama kita mengekalkan khazanah yang tidak ternilai ini agar generasi akan datang akan dapat menikmatinya.

1 comment: