Sunday, August 15, 2010

Kesan Pencemaran Alam Ke Atas Manusia

NOR AMIRUL ALIFF BIN NORHAROZI
206043
Di dalam al-Quran,manusia telah beberapa kali diberi peringatan supaya tidak melakukan kerosakkan di atas muka bumi kerana perbuatan itu sangat-sangat dibenci Allah selain amat merugikan manusia.Pelbagai kesan negatif timbul akibat daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab mencemarkan alam sekitar.Kesan-kesan negatif daripada pencemaran ini adalah seprti pemanasan global,bencana alam,jerebu,pencemaran air,kimia dan lain-lain lagi.Kesemua kesan-kesan ini mampu memberi kesan yang negatif ke atas diri manusia.



Kesan Pemanasan Global
Isu pemansa global kerap kali diperdebatkan di peringkat dunia.Kita sering kali melihat dan mendengar pelbagai berita mengenai isu pemanasan global dan kesan buruknya ke atas kehidupan manusia.Pemanasan global merupakan satu fenomena di mana keadaan di permukaan bumi semakin bertambah panas.Hal ini terjadi kerana kandungan tinggi karbon dioksida dan kloroflorokarbon(CFC) yang tinggi di atmosfera.Bahan kimia CFC yang terkandung di dalam udara mampu menyebabkan lapisan bumi iaitu lapisan ozon semakin menipis.Hal ini menggalakkan penembusan sinaran matahari yang merbahaya seperti sinar UV.Kesannya manusia yang terdedah kepada cahaya ini boleh dijangkiti penyakit yang merbahaya iaitu penyakit kanser kulit.Pemanasan global memberi impak kepada kehidupan manusia.Contohnya cuaca yang terlalu panas akan menjejaskan tanaman dan mampu menyebabkan kematian haiwan ternakan.Ini benar-benar menyebabkan kerugian yang cukup tinggi kepada golongan petani dan peladang terutamanya.Pemanasan global juga boleh menyebabakan berlakunya bencana alam yang mampu meragut ratusan nyawa manusia.Contohnya,banjir besar yang sering melanda negara China dan dianggarkan beratus terkorban manakala beribu lagi hilang tempat tinggal.Puncanya,apabila ais di kutub utara dan selatan semakin mencair maka paras air dunia mula meningkat lalu melimpahi dan mengelamkan pulau-pulau kecil.Sekiranya fenomena ini tidak dibendung maka tragedi 24 disember 2004 akan berrulang kembali.




Kesan Jerebu
Fenomena yang sering kali melanda negara kita.Komponen-komponen yang terdapat perhatian dalam jerebu adalah seperti karbon monoksida,sulfur dioksida,nitrogen dioksida,ozon.habuk-habuk dan lain-lain lagi gas-gas yang merbahaya.kesemua gas-gas ini mampu memberi kesan kepada kesihatan manusia terutamanya golongan yang mempunyai penyakit asma,alahan,penyakit paru-paru,golongan ibu mengandung,golongan warga tua dan golongan kanak-kanak.Selain itu,jerebu mampu menyekat kehidupan seharian manusia.Bagi mereka yang bekerja di luar bangunan,rutin harian kerja mereka akan terganggu.Ini memnyebabkan mereka tidak dapatr menumpukan perhatian dan seterusnya menyebabkan produktiviti kerja mereka menurun.Bagi mereka yang gemar melakukan aktivi luar pula,keadaan cuaca yang berkabus dan udara yang kotor menyebabkan semua aktiviti mereka terpaksa dihentikan.Selain daripada itu hujan yang turun ketika jerebu boleh mendatangkan mudarat kepada manusia.Ini kerana air hujan tersebut telahpun bercampur dengan gas-gas yang merbahaya dan terhasillah hujan asid.



Kesan Pencemaran Air
Lebih daripada 70 peratus planet kita diseliputi air.Tidak sampai 1 peratus pun air yang boleh dijadikan minuman.Justeru itu,air merupakan nadi kehidupan.Semua kehidupan di muka bumi ini memerlukan air sebagai asas untuk hidup.Tanpanya, mustahil untuk manusia meneruskan kehidupan.Air yang tercemar merupakan 1 masalah besar buat manusia.Semua aktivit harian manusia yang berkaitan dengan air tidak dapat dilaksanakan.Sekiranya kita menggunakan sumber air yang tercemar,ia mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan manusia.Baru-baru ini di Lubuk Yu Maran di Pahang telah mencatatkan kematian akibat daripada pencemaran kencing tikus di kawasan terbabit.Selain itu pelbagai lagi penyakit boleh dijangkiti akibat daripada pencemaran air iaitu penyakit taun,keracunan,penyakit kulit dan macam-macam lagi.Pendek kata sekiranya kesemua sumber air bersih sedia ada telah dicemari maka manusia akan menghadapi kesukaran untuk hidup di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment