Monday, August 23, 2010

Peranan Masyarakat dalam menyelamatkan Alam Sekitar

Dewasa ini,pencemaran alam sekitar berlaku di mana-mana tempat dan ia merupakan satu perkara yang besar bukan sahaja di negara kita,malah turut juga dihadapi oleh negara-negara membangun yang lain. Masalah ini perlu di atasi segera agar alam sekitar kita dapat diselamatkan.
Masyarakat merupakan pihak yang amat penting untuk memainkan peranan dalam menyelamatkan alam sekitar.Sememangnya masyarakat boleh katakan`tidak’kepada pembasmi hutan dan juga persekitaran yang kotor.Sebagai contoh,masyarakat mempunyai kuasa untuk mendesak para pemaju dan penjaja supaya mereka lebih `mesra alam’dalam menjalankan kerja mereka.
Selain itu masyarakat juga perlu mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan,misalnya tidak sesuka hati membuang sampah ke dalam longkang dan sistem perparitan kerana ia akan menyebabkan sistem saliran tersumbat . Masyarakat juga perlu mengurangkan pembakaran sampah di kawasan rumah,khususnya masyarakat yang tinggal di pendalaman. Bagi masyarakat yang tinggal di kawasan bandar,mereka seharusnya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

No comments:

Post a Comment