Saturday, August 7, 2010

Peranan Badan Bukan Kerajaan(NGO) Dalam Menangani Masalah Alam Sekitar
Muhamad Azhari bin Kachil
No.metrik :206123
Alam sekitar merupakan amanah Allah kepada hambanya.Sebagai khalifah di bumi ini kite wajib menjaga alam sekitar daripada pencemaran dan kerosakan.Kita perlu mewariskan persekitaran yang sihat kepada generasi akan datang.Oleh itu semua pihak perlu berganding bahu untuk sama-sama memelihara alam sekitar.Kerjaan telah mengambil langkah pemulihan dan pemeliharaan hutan,mencipta peralatan mesra alam,mengadakan kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan alam sekitar dan sebagainya.

Usaha kerajaan telah mendapat sokongan padu dari badan bukan kerajaan(NGO).Antaranya Sahabat Alam Malaysia (SAM.Ia sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada tahun 1977. Menyertai Friends of the Earth International (FOEI) sejak 1983. Perjuangan SAM adalah untuk memelihara alam yang diamanahkan dan dianugerahkan Tuhan daripada dieksploitasi dan dimusnahkan dalam pelbagai bentuk atas nama pembangunan, kemajuan dan kemodenan serta membela hak masyarakat akar umbi yang terkesan akibat-aktiviti ini.Usaha SAM sedikit sebanyak telah membela nasib mereka yang tertindas akibat perlakuan pihak tidak bertanggungjawab yang sering kali menggunakan alasan pembangunan,kemajuan dan kemodenan tetapi tidak mengendahkan akibat perlakuan mereka yang tidak mesra alam.Hal ini demikian kerana pihak terbabit hanya mahu keuntungan semata-mata tanpa mengira kepentingan alam sekitar.



Dalam mengembangkan wadah perjuangan alam sekitar ini, SAM telah di beri penghargaan dengan penganugerahan Global 500, Honour Roll 1978, Alternative Global Price 1988, Goldman Award 1991, Conde Nast Travel Environmental Award 1998 dan The Right Liverhood Award.
Namun, dengan tidak merasa besar diri dengan anugerah ini, keutamaan SAM kini dan selamanya hanya satu iaitu meneruskan perjuangan dalam membina kesedaran kritikal masyarakat dan kerajaan di semua peringkat terhadap tanggungjawab dalam mengawal kegiatan manusia terhadap alam dengan mengembalikan kewarasan kita dalam menguruskan sumber alam demi keharmonian hidup dan untuk generasi masa depan.









Selain SAM,ada beberapa lagi badan-badan bukan kerajaan yang turut memperjuangkan penjagaan alam sekitar.Word Wid Fune for Nature(WWF) merupakan nadi kepada persatuan yang kuat menegakkan keadilan tentang alam sekitar.WWF telah menyedarkan orang ramai tentang kepentingan penjagaan alam sekitar.Antaranya kepentingan sungai,hutan dan udara yang segar.NGO terbabit telah menyuarakan pendapat tentang kepentingan penggunaan alatan yang mesra alam.Misalnya peti sejuk bebas,pendingin udara bebas CFC.Selain itu menyarankan pembangunan yangmesra alam seperti menanam pokok-pokok di atas bumbung bangunan dan ruang-ruang kosong.Tumbuh-tumbuhan penting untuk menyeimbagkan suhu di sesuatu kawasan selain menjadi pelindung apabila belaku angin kencang.

NGO berperanan membantu mereka yang di tindas oleh pihak tertentu untuk menyuarakan pendapat mereka.Melalui NGO suara keluhan rakyat akan di ketengahkan.Perkara tersebut akan di bincangkan kepada pihak berwajib.Hal ini memudahkan pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.Misalnya isu pembalakan haram di Cameron Hihglands telah dapat di selesaikan melalui campur tangan pihak NGO.Pihak bertanggungjawab telah dibicarakan dan akan dijatuhkan hukuman setimpal.Kesimpulannya NGO berperanan bukan sahaja kepada alam sekitar tetapi membantu golongan rakyat untuk menunutut bela hak mereka terhadap alam sekitar.








NGO boleh bekerjasama dengan pihak media seperti mengadakan kempen kesedaran,pameran-pameran mengenai pencemaran alam dan sebagainya.Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.Bahan-bahan menarik seperti carta,poster dan keratan akhbar boleh di pamerkan.Selain itu,pita video dan slid-slid yang berkenaan pencemaran juga boleh di tayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

Kesimpulannya pembangunan pesat sesebuah Negara telah mendatangkan impak negatif kepada alam sekitar.pengurusan yang teratur mampu menyeimbangkan pembangunan dengan alam sekitar.Persekitaran yang sihat akan melahirkan masyarakat yang sihat.

No comments:

Post a Comment