Friday, July 23, 2010

ALAM SEKITAR

DEFINISI ALAM SEKITA
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut “environment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca.

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkaitrapat dengan aktiviti manusia.Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu organisma.Dalam menguruskan alam sekitar,barat memperlihatkan bahawa etika alam sekitar dalam diri manusia adalah penting bagi menjamin kualiti alam sekitar.Prinsip-prinsip tentang alam sekitar yang dibahaskan oleh Barat tidak harus bersifat teori sahaja sebaliknya mestilah berupaya dipraktikkan.Pengurusan alam sekitar di Barat bermula pada akhir kurun ke 19 kesan daripada Revolusi Industri. Perkembangan itu bermula dengan tercetusnya kebimbangan ke atas kesan yang timbul daripada proses pembangunan ke atas alam sekitar. Oleh itu, mereka berusaha dengan pelbagai kaedah bagi mengawal kualiti alam sekitar daripada terjejas.Namun,walauapapun kaedah atau langkah yang diambil, mereka masih lagi gagal untuk menguruskan alam sekitar dengan berkesan.


KONSEP ALAM SEKITAR MENURUT ISLAM
Menurut Islam, “environmentalisme” berasaskan kepada ajaran tauhid atau kefahaman kesatuan yang menggabungkan manusia, alam dan tuhan. Agama Islam menjadikan akhlak sebagai teras hubungan antara manusia, alam dan tuhan.Berasaskan dasar itu, sebenarnya sebarang masalah atau pencemaran alam sekitar berpunca daripada kesempurnaan akhlak manusia terhadap dirinya, alam dan tuhan. Konsep manusia sebagai khalifah menunjukkan bahawa alam sekitar ini merupakan hak Allah dan ciptaan-Nya maka manusialah perlu melaksanakan misi dan amanah itu. Di samping itu, alam ini merupakan tanda yang tersurat dan tersirat atau simbol tentang kebesaran dan kekuasaan Allah.

PENGENALAN

Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk,kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan,manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek -projek pembangunan.Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modernisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk.Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia,sumber-sumber ekonomi dan kemandirian bumi.Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar,setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan alam.Takrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik,kimia,biologi atau aras-aras radiasi mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah yang menimbulkan sesuatu keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam atau organisma-organisma lain,tumbuhan dan haiwan.Pencemaran dapat dikategorikan dan disenaraikan kepada pelbagai bentuk pencemaran:


PENCEMARAN UDARA

Mengikut laporan yang dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar,melalui akhbar Utusan Pengguna pada tahun 2001

Jumlah keluaran bahan-bahan pencemaran udara bagi Malaysia dianggarkan sebanyak 933,000 tan setahun.Daripada jumlah ini,kenderaan ialah punca utama pencemaran ini(58.1%),diikuti oleh stesen jana kuasa(23.9%),pembakaran bahan api industri(9.4%),pemprosesan industri(3.9%) dan pembakaran terbuka(4.9%).Pencemaran udara ini berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,binatang dan harta benda.Benda asing ini adalah di dalam bentuk habuk,asap,kabus,wap dan gas(Karbon Monoksida,Nitrogen Oksida,Hidrokarbon,Ozon,Sulfur Oksida ,bau-bauan).Pembangunan tanpa pengurusan yang dirancang boleh mendatangkan impak yang buruk dan mengancam kualiti alam sekitar.Jumlah kenderaan di seluruh negara kini semakin meningkat.Keadaan ini berbahaya kepada alam sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan akan memberikan impak yang buruk kepada alam sekitar mahupun manusia.Hal ini kerana disebabkan oleh pembebasan asap tanpa kawalan akan mengundang bahaya kepada manusia ataupon alam dimana ia akn mnjejskan kesihatan dan menipiskan lapisan ozon.

Dapatlah dijelaskan punca-punca utama pencemaran udara ini adalah akibat daripada stesen jana kuasa elektrik,kerja-kerja pembinaan,industri atau kilang,kenderaan bermotor dan pembakaran sampah sarap serta pembakaran hutan.Hal ini dapat dibuktikan bahawa pada September 1997,Negara Malaysia telah mengalami jerebu yang paling teruk.Ini dikukuhkan lagi bahawa seramai tujuh anggota negara ASEAN telah menandatangani Perjanjian ASEAN mengenai Jerabu Merentasi Sempadan pada tahun 2002.Pada bulan lapan tahun 2005 pula telah terjadinya kebakaran hutan di Sumetra dan Kalimantan menyebabkan keadaan jerebu yang agak teruk terjadi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Klang.Dua kawasan yang diisytiharkan darurat adalah Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang setelah indek pencemaran udara(IPU) dikawasan itu melebihi 500.Penderaan alam sekitar melalui pencemaran udara timbul akibat daripada tindakan manusia itu sendiri.Setiap manusia menyumbang terhadap kemusnahan alam sekitar salah satu conohnya ialah perokok yang mengembuskan asap ke udara,pembakaran sisa buangan di kawasan perumahan secara tidak terkawal juga membawa kesan kepada pencemaran udara.

indek pencemaran udara.
Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya


kawasan yang dilanda jerebu di negara Malaysia dan Inonesia.



Satu contoh video mengenai pencemaran udara...
Renung-renungkan dan selamat beramal...


Contoh : Asap yang terhasil dari lombong-lombong arang batu.


Contoh : Pembebasan asap dari kilang-kilang tanpa kawalan.


Contoh : Asap-asap dari kenderan yang terhasil yang boleh menyebabkan masalah alam sekitar.


Contoh : Asap-asap dari kilang yang boleh menjejaskan alam sekitar.

HASIL NUKILAN : MOHD SUFFIYAN BIN SATAR
205944.

No comments:

Post a Comment